Friday, October 28, 2011

e-Aduan

kakyang nak mengadu ngan korang ni...huhuhu
sakit otak la nak melayan bos kakyang ni...tensen akak tau!
dia suka suki p komit mtg ngan org lain yg dia jumpa masa mtg lain. dah tu bertindih2 la mtg dlm jadual ni. kononnya tekno sangat, awat tak refer celender dlm BB dia tu dulu, sblum setuju nak buat apa2 pun...dah satu keje kakyang nak menjawab ngan org bila diorang call nak kompemkan jadual, tengok2 kakyang kata tak boleh sbb dah ada mtg lain. nak kira priority pun tak boleh sbb semua penting. semua nak dia. tak mo wakil. abih tu cam ner?

dah tu ada pulak esok nak mtg, hari ni baru nak bgtau. kalau internal leh juga kakyang slot2, ni kat tempat lain. cam ner bos nak berkejaran sana sini tu? dah la bos ni kaki drag meeting. ptt start kul 9, kul 9.10 baru gerak dari bilik dia. estimate mtg kejap jer, tup2 jd 1 hari. tengah2 mtg kalu bos besar panggil, stop pulak mtg p sana pula. dah tu discuss tak reti pendek2. semua mengalahkan dewan parliment. berjam2. abih berterabur jadual mtg lain. cam ner tu?

bukan tu jer, semua mtg dia nak masuk. ptt benda2 mcm ni dah boleh handover kat pegawai2  besar bawah dia tu..dia ambik mana yg besar2 jer..adoiii bossss...

kakyang mengadu ngan member baik td. dia suarakan soalan cepumas: ko tanak mintak tranfer ker?
hehehe sayang ooo nak tranfer, jabatan kakyang dok ni dpt full akses IT. kalu transfer, hilang ler keistimewaan ni. lgpun, mana nak dpt kerani dok bilik sorang2? kan..kan..hehehe
lgpun...bos akak ni dlm kontrak basis, anytime akak leh dpt bos baru. masalahnya...bos akak ni anak mas super big bos! sure kontrak dia akan bersambung lagi..sbb super  big bos pun baru dpt renew kontrak another 3 yrs!

adeh..lg 3 yrs la kakyang nak kena tanggung peel bos cm ni ek...adeh la...adeh...

Thursday, October 27, 2011

Craving bulgogi!

adeh...camner ni...kakyang teringin nak makan bulgogi...dulu tu kat plaza pantai tu ada. sekarang pun ada lg, tp since ada org ckp tak halal. ada pulak ckp halal jer..ish kakyang was was dah. malas lah nak p sana lagi. tp kalu tak kesitu..kat ner lg yg ada ek..kalu ada pun mesti jauh. huhuhu camnor ni...

la ni kat rumah kakyang slalu buat spare daging perap. perap jer ngan apa2 pun boleh. kdg2 ngan cili, kdg2 ngan  black paper. kadang2 daging. kadang2 ayam. ikan pun boleh...

tp ni ada satu resepi ringkas utk perap daging/ayam. sbb kakyang dpt resepi ni literal jer, so kakyang tulis simple2 la yer.. brapa banyak tu aktually ikut suka kita la.. yg ni ala2 black paper gak, tp bagusnya tak yah cicah2 sos dah. makan lagu tu jer pun dah sedap. ni bhnnya

jintan putih-sangai dan tumbuk halus
bawang merah/bawang putih- skit pun cukup. ikut2 ada rasa jer
cili mesin-kakyang guna cili kering jer
sos tiram
kicap pekat
lada hitam-tumbuk halus. sukatan ikut suka nak pedas tahap mana.
gula,garam- skit jer sbb bahan2 atas dah cukup masin/manis
halia skit- kalau guna lamb bagus letak ni..
gula melaka kalau suka (ganti gula putih)

tu jer, perap benda tu ngan daging/ayam. peh tu nanti grill/bakar. slalu kakyang grill atas nonstick pan tu jer..
haih..dah tertelan2 air liur akak ni..weekend nanti nak buat stok la simpan banyak2. anytime trasa nak makan, angkat masuk kuali jer...huhuhu

Tuesday, October 25, 2011

ai folloooo...

aritu kakyang ada post kakyang tengah consume satu produk kuruskan badan yg baru kan. rasanya awal bulan 10 ari tu. ...seminggu selepas ambik benda tu kakyang timbang...naik ke 71kg. aih..lagi naik ada la..last timbang 2 hari lepas sbb baru beli penimbang digital kan...nak citer berat badan ker nak citer beli penimbang ni...hihihi

ye..ye...akak nak citer baru beli penimbang digital you..beli ngan kupon jer..kira free ler kan...kalu beli ngan cash, mau gigil nak dpt digital mcm tu..dah tentu abg jeling jer sbb cash tu dari dia..hahahaha

ceh, beli ngan kupon je pun nak canang ek..wat lu... :P

ok balik citer  berat baban..eh berat badan. timbangan 2 hari lepas, 68.5 kg. maksudnya turun 2.5kg dari timbangan yg kedua tu. hmmm leh caya ke ni?  skit jer...penimbang rosak tak? ewah ewah sedap jer ckp penimbang baru tu rosak ek..yg rosak sebenarnya disiplin akak!. hehehehe. well....u not know me rite? hehehe

makan mmg tak de pantang2 la. cuma nasi tu mmg kurang la dari slalu. tu yg turun skit jer. tp akak notis satu benda. seluar longgar. jeans yg slalu akak pakai tu dah londeh. asal jalan skit, melurut sampai nak kebawah. slack keje yg slalu pakai tu pun mcm tu gak. kain baju kurung yg slalu kalau buka kain tu mesti birat sbb ketat. tp sekarang dah takde birat lagi...ngam ngam soi jer kat badan..selesa you...

dan satu lagi yg akak notis..eh. td ckp satu, ni dah ada lg satu plak...hehehe. so, satu lg yg akak notis, akak dah cpt bangun tido. dah tak letih2 mcm dulu. slalu tu, alarm dah berkali2 bunyi pun rasanya malas jer nak bangun. mcm tak cukup cukup tidur tu. tp sejak consume benda ni, seawal 4.30 pg kakyang dah mula sedar tido..tp mcm biasa ler, sambung tidur balik selagi tak bunyi alarm..tu pun, sementara alarm bunyi kul 530 tu, mesti akak dah terbangun dulu...hebat tak?

haaaa...dan yg paling bestnya, pg td masa nak masuk ofis, akak selisih ngan offimate. officemate tegur akak. eh dah kurus ek...dan mcm biasa ler...malu2 kucing akak deny...sbb? camner nak percaya akak kurus. timbang tak turun pun...

er..ekceli, dah ramai yg tegur akak nampak kurus sblum ni. ada yg sanggup raba badan akak sbb katanya nampak mcm akak pakai gedel ...heheheh...oppsss...nak kena jelaskan ni.  jgn salah phm ek..yg raba tu pompuan tau..bukan jantan ...kalu jantan tu nak rasa sepakan cucu cicit wan selampit sila kan la...ada brani? :P

hmmm...siapa pula wan selampit/tok selampit tu...? haaa ni kalau korang nk tau, kena la baca sejarah kedah.. :D

so? watudu nau? since nampak hasil skit wpun tak mo percaya ni...nak try kuatkan azam tak sentuh nasi plak lah. kita tengok apa kisah seterusnya nanti ek...ai foloooo...

Thursday, October 20, 2011

Usahawan batu

Hohoho...batu apa? batu granite? batu belah batu bertangkup? batu nisan? ...salah semuanya.
Kakyang jual batu seremban..kalau org utara pangei, batu selambut. tp yg peliknya, kecik2 dulu kakyang main batu seremban ni batunya 7 biji. tp budak2 sekarang ni main 5 biji jer? tak kesah lah dik non...janji leh jual.

Camner leh jadi usahawan batu ni? 
citernya gini, asalnya anak kecik kakyang balik rumah tunjukkan dia beli batu seremban ni kat kedai flat sebelah rumah sepupu tu. bila kakyang belek2, alah, senang jer nak buat ni..tanya pula harga brapa ringgit beli ni dik? anak kecik kakyang tu ckp 80sen je bu...terus kakyang ckp mahal lah. ibu leh buat ni 10 kalo adik nak..ececeh..ibunya...eksenler tu..

So esoknya, jd ler aktiviti menjahit  batu seremban tu...kain lebih buat sarungbantal anak kakyang ari tu ada lagi, gunting2. jahit2. sumbat2 kacang. jahit2 sembat semula, taraaaa...jdler batu seremban. eh tak de photo ek nak tunjuk cara buat tu..kalo tak leh buat tutorial utk korang plak. eleh...tak yah photo2 pun...kacang je buat batu seremban ni...tutup mata pun leh buat. ahak ahak ahak...

alang2 ada kain lebih, kakyang buat lebih. esoknya tu anak kecik kakyang ni bawak ler p sekolah..dah berebut2 kawan2 dia beli.., siap order2 lagi. so, mula dari tu ler kakyang start buat batu seremban ni utk anak kakyang jual kat sekolah..

termasuk yg semalam kakyang buat, mau dekat 50 set dah kot. tahu berapa anak kakyang jual? seringgit ko!. adeh...anak beli 80sen kata mahal. anak jual singgit tak ckp mahal pulak ek? kekekeke

memula anak kakyang tu dok congak2 nak jual brapa. kejap 80sen, kejap singgit, kejap 1.20sen. bila  kakyang teringat dialog ngan dia pasal harga nak jual ni rasa kelakar pulak....

kakyang: adik jual brapa(harga) kat kawan?
adik: adik jual singgit jer..
kakyang: semalam adik kata nak jual $1.20?
adik: adik bagi diskaun 20sen...

hehehehe...pandai tak anak kakyang tu berniaga? heheheheh.

ni ha bentuk batu seremban yg kakyang buat semalam tu..yg dlm plastik tu dah ready packing utk jual..

Tuesday, October 11, 2011

Berita terkini..

Kakyang  baru dpt berita beberapa minit yg lepas. berita sedih. dan berita yg lebihkurang sama kakyang pernah terima sejak setahun dua ni..

Pakcik abg telah disahkan ada canser. canser apa? belum tahu berita sahih lagi sbb abg pun baru dengar dari kakak2nya. Badan kakyang dah menggigil ni...menggeletar.

Fobia pun ada sbb pantang dengar sedara sakit jer, sebut nama sakit ni...

Imbas kembali cerita 2 tahun lepas. nak tengok citer penuh boleh baca sini. mula dengan cerita yong dulu. mula2 yong kompem canser. tokmi yg tlg jagakan. dlm dok jaga yong, tokmi diam2 sakit. sampai dah critical baru semua tahu yang tokmi pun ada canser. selang 2,3 hari pas tahu tu, tokmi  pergi mengadap Ilahi. Kami semua mcm kena panah petir. terkejut tak terkata.

Tak cukup setahun lepas pemergian tokmi, yong pula menyusul. pdhal masa tu yong dah nampak mcm sihat dah skit. kebetulan dia jatuh kerusi, dan kerusi malas yg dia duduk tu mcm terhempap ke badan, bengkak semula leher yong tu..p chek kat hospital, katanya tak de apa2. maybe sbb kesan sakit tu, jd bengkak balik. genap seminggu,. seawal subuh kami semua telah dikejutkan dengan panggilan dari alang, bgtau ontheway ke hospital. yong semput. kakyang dah tak sedap hati pg tu sbb kakyang dah mimpi patah gigi mlmnya. tp kakyang tak cerita kat abg sbb tak mau pk yg bukan2. nampaknya petanda tu membawa kebenaran. t/hari kami mendapat berita susulan yong yg di ICU telah kembali kerahmatullah...

Berganda kesedihan yang diterima oleh kami.

Baru kami nak kering air mata, dah dengar berita lain pulak pg td. pakcik abg yang sakit2 sejak 2 bulan lepas telah disahkan mengidap canser. kami ingatkan pnumonia biasa, atau sbb kesan kena santau dulu tak hilang lagi, rupanya pengakit lain dah  bersarang pula.

Kakyang tak tahu mcm mana penerimaan Cik dan anak2nya. kebetulan 2 minggu kami tak kesana. Nak pergi  jenguk mlm ni pun kakyang dah serba salah nak mengadap Cik mcm mana. Nak tunjuk simpati? takut makin menambah sedih. Nak buat2 biasa jer? takut nak tengok air mata Cik yg mesti tumpah kala bercerita.

Aduh...besarnya ujian Mu ya Allah...berilah ketabahan pd PakDin, Cik dan anak2nya untuk menghadapi segala ujianmu ini Ya Allah...

Friday, October 7, 2011

testimonial nak kurus

Ish kakyang ni dah mcm2 guna ubat kurus ni..dari cuba diet sendiri, sampai la guna suplement lain..pakai gedel pun ada gak, tp dok tang tu gak la..

produk apa yg kakyang pernah cuba?

dolu2 nona roguy, time tu beli 3-3 kotak sekali, lastnya, sbb dia akan terlalu melawaskan isi perut sampai tak leh tahan2 dah, kakyang stop setengah jln. masa tu kakyang anak dara lagi, dok p kerja naik public transport. mana bleh tahan  bila pg2 sampai seru nak membuang dlm bas...gelabah, peluh sejuk semua ada. sampai pernah sekali tu, kakyang dah kat bustop, leh pusing p ofis balik sbb tak tahan sngat. jauh weh nak jln kaki dari busstop ke ofis time tu..dlm keadaan sakit perut yg memulas sngat tu..mmg makin terasa jauh la...

peh tu kakyang cuba biodex plak. kawan intro kata yg tu efektif, beli lagi...tak tahan gak sbb jd pening2 sakit kepala. nak buat keje pun susah. lastnya separuh jln jer..

peh tu cuba lak produk cosway, mcm tu gak separuh jln. sbb? sbb kakyang tak tahan manis serbuk tu..dia kena telan mcm tu jer atau bancuh dlm air. telan mcm tu jer, dia melekat kat lidah dlm mulut. bancuh dlm air dia berketul2. berseregai kata org kedah. nak telan pun susah. lastnya givap jugak.

peh tu kakyang nak try satu produk lagi. abg ckp stop beli. abiskan yg mana dah ada kat rumah, baru boleh beli yang baru. tak makan gak yg lama tu, lama2 buang mcm tu ja sbb dah expired.

kemudian kakyang try gedel yg femes tu..yg mahei n femes tu...mcm tu gak. sekerat jln. sbb bak pakai punya la susah sampai terloncat2. nak butang cakuk yg panjang tu sampai sakit2 tangan. nak mintak tlg abg malu sbb kakyang beli pun sembunyi2. abg tak kasi beli sebenarnya, sbb dia tau hangat2 taik ayam kakyang tu..tp sbb bini gemok ni degil kan....kakyang beli gak. tu yg malu nak mintak tolong dia bila nak pakai . hehehe
2 hari lepas kakyang try lg sekali. sampai mlm td balik dari kerja, dok gatal2 lagi perut kakyang dek bekas birat erat gedel tu...haih...

bulan puasa baru2 ni kakyang cuba satu produk alpa lipit lak. kena pantang nasi. ambik protein ja..mcm tu gak, bila makan, bantai nasi gak. huhuhu..

ni td kakyang try softfea fiber lak, kita tengok jd ke tak, sbb depa kata produk ni tak yah pantang2 makan. minum 1x sehari ja, then dia tahan lapaq. cuba la kot...kot2 hilang selera, tak de la nak melantak je kan....

so hari ni kakyang start fiber tu ngan berat 68.8kg t/hari td...so kita tengok next 10 days apa jd...kalau dok lagu tu gak, kompem la kakyang yg bermasalah sebenarnya..

apa masalah kakyang tu? apa lagi..tadak disiplin la...semua hangat2 taik ayam ja...kekekeke

Monday, October 3, 2011

Blank

Kakyang ada benda nak diceritakan. tp by the time buka new post ni, plup! tetiba blank plak. aih..nak kata dah pelupa, tak tua sngat lagi pun..ayoyo...apa nak citer td ni....ingat balik...ingat balik..dok nampak muka anak...apa citer pasal anak ni ek....

ni sbb gatei p buka blog org lain dulu ler ni...dah nampak tajuk2 diorang yg catching tu..terus sangkut. lastnya, entry sendiri lupa pasai pa...haih....off dulu lah, sat lg kalau dah ingat mai balik noooo...

: D