Thursday, October 28, 2010

Tanggungjawab

KakYang baru balik dari sepital. Eh.. Insyaallah kakyang tak de sakit apa2. p spital sbb ikut program wellness tempat kakyang keje ni jer..

alkisahnya kakyang ada appointment papsmear td tu. Dari awal kakyang minta nak doc prempuan. tp biasalah jawapan nurse tu. tak boleh mcm tu kak, ni spital kerajaan. mana doc yg available masuk la. aihhh jawapan mcm tu la yg kakyang tak syok nak dengar.

tp tengah hari td kakyang kuatkan semangat p jugak. dlm hati tu berdoa jer harap2 dpt ler doc prempuan. bila dah 1jam menunggu, tengok cuma ada 2 patiens jer. 1st patien attended by doc prempuan. so kakyang ni dah senyum skit la. sure lepas org tu keluar, turn kakyang la kan.sbb tak nampak doc lain pun. tunggu punya tunggu tup tup dtg doc lelaki plak ambik file kat kaunter bawak masuk bilik no 2 tu. kakyang dah tak sedap hati sbb nampak mcm file kakyang.

Haa kan betul, no kakyang naik utk jumpa doc lelaki tu. kakyang masuk gak jumpa n jawab apa yg dia tanya. dlm dok banyak2 tanya tu, doc tu tanya kenapa dah lama tak buat papsmear? terus la kakyang ckp tak buat sbb takut yg attend tu doc lelaki...

Jd doc lelaki tu bg kakyang choice. nak buat ngan dia atau nak jumpa doc prempuan kat sebelah. kakyang request la nak tunggu doc sebelah sbb patien sebelah kakyang nampak dah keluar td. nurse yg assist doc tu kluar jap dan masuk balik bgtau kata doc sebelah tu TAK NAK jumpa ngan alasan dah ada patien lain.

kecewanya hati kakyang bila dengar alasan doc prempuan tu. sbb kakyang tau dan nampak sendiri tak de pun patien lain yg tunggu . kakyang dah ckp dont mind untuk tunggu. tp nurse tu plak insist lebih2 sampai bg kata 2 kat kakyang nak buat ngan doc lelaki tu atau balik jer.

kakyang kecewa ngan nurse dan doc prempuan tu, kakyang tegaskan keputusan tak mau buat langsung. dan terus kluar dari bilik tu.

kakyang rasa sedih masa tu. sbb pk mana rasa tanggungjawab nurse tu dan doc prempuan tu untuk tolong sesama kaum hawa yg islam?. kalau betul2 sibuk dan betul2 ramai patien yg menunggu, kakyang paham. tp apa yg kakyang nampak tak mcm tu pun. pttnya nurse tu cuba tolong letak semula file kakyang dlm Q utk doc prempuan tu. ni tak. siap bagi alasan katanya doc lelaki tu dah tengok ramai org dan mcm2 org.

Itu org lain punya pasal la kan kalau diorang tak malu nak kangkang tunjuk tuuut diorang tu kat lelaki lain. kalau tengah sakit atau kecemasan tu dah lain cerita la. tp kalau tengah senyum2 gelak2 mcm ni tak kan sesekali kakyang bagi lelaki lain dok telek yg bawah tu...huhuhu idak ler kakyang sanggup.

Kakyang kluar dari klinik gyne td ngan seribu kekesalan terhadap dok prempuan dan nurse tu. dan kakyang nekad, next time kalau saja2 nak buat papsmear tu, terus jer p hospital swasta. tak yah nak cuba2 buat kat spital kerajaan ni..

Hati kakyang terubat kakyang bila abg setuju dengan tindakan kakyang untuk tidak meneruskan pemeriksaan td. tp apapun, kakyang masih kesal sbb kaum hawa islam tak peduli untuk jaga maruah kaum hawa sendiri.

Tuesday, October 26, 2010

CEUPACs- udah2 la tu...

Sebenarnya kakyang tak setuju dengan permintaan ceupacs untuk lanjutkan umor persaraan ke 60 tahun ni. Dari pemerhatian kakyang yg baru setahun jagung pegang jawatan sebagai penjawat awam ni, apa yang kakyang nampak, rata-rata yg umor 45 tahun ke atas dah tak produktif bekerja.

Nak pulak kalau setakat jawatan sokongan bawah. terutama perempuan la. sebahagian senior2 kat ofis kakyang ni nampak dah mandom bab nak buat keje tu. tak boleh bg task lebih skit dari apa yg dok buat hari-hari. kdg2 sbb diorang tu lebih senior umor, melawan jer ckp pegawai baru. nak ikut kepala otai diorang jer. kalau yg positif tu tak per la juga. ni semua kearah ikut suka aku nak keje ke tak, apa aku peduli. janji gaji masuk bulan-bulan. ramai yg dah mengeluh tak larat. tak de mood nak keje. nak tunggu umor pencen jer. aritu dah naik 58. minta pulak nak jd 60 thn?!!

bayangkan ek. umor 50 thn tu kita dtg keje dah terbongkok2. dah ada yg sakit urat, sakit sendi. tulang reput tak cukup kalsium la. dtg keje. buat keje sambil picit2 lutut...cam nor kalau umor 60? rasanya mcm kartun ni kot ek...hehehhe

Wednesday, October 20, 2010

20102010

Lagi satu tarikh yg cantik.. sapa yg melahirkan anak pd hari ni, dpt la no yg cantik itu.

Cerita pasal anak ni, kakyang teringat 8thn yg lalu masa kakyang mengandungkan anak no 2 tu. masa tu dah 8 bulan, doc kompem kata kena c-section sbb baby melintang. tak pusing kebawah.kakyang tak mau kena bedah. kalut la p cari bidan yg boleh pusingkan baby. tp rata2 bidan dah tak mau sbb time tu perut dah penuh dan depa takut baby terbelit talipusat pulak.

Next following week tu, pegi checkup lg. setuju je la kena bedah.doc tu pun cepat2 ambik kalendar, dia belek2, telek2 tarikh. dia kata next feb 20 dtg hospital utk bedah. tp kakyang ni ckp lewatkan la skit. dgn harapan baby tu pusing kebawah dan boleh bersalin normal. doc tu tanya balik,nak bila? 22 feb boleh? kakyang nego ckp tunggu lagi la doktor...

Pehtu terus doc tu ckp, ish tarikh dah cantik dah ni, awak pun dah cukup minggu boleh bersalin. buat per nak tunggu2 lagi. mula2 kakyang tak paham, apa yg tarikh cantiknya?

Peh doc tu explain tarikh tu lg sekali, baru la kakyang phm teranguk2 mcm burung belatuk...rupanya tarikh tu 20 feb 2002. Kalau buat c-section hari tu dpt ler anak kakyang tarikh birthday 20.02.2002.

doc tu plak yg terlebih xcited nak tarikh cantik. mcm la dia yg mengandung. kakyang ni plak blur..hehehe. Jd, anak no2 kakyang tu dpt la birthday cantik mcm tu hasil dari keterujaan doktor tu...

Masa mengandungkan anak no2 tu mmg doctor tu xcited dari awal sbb kakyang ada special case.siap panggil pakar dari luar dtg tengok kakyang. nyaris2 la nak kena bedah masa mengandung tu. peh tu bila dah kompem kena c-section terus la dia ambik kesempatan korek perut kakyang tu. abis di snapnya gambar isiperut kakyang. Nasib baik ler kakyang bersalin tu kat spital swasta, kalau masuk spital kerajaan, dah sah la jd bahan ujikaji doc pelatih.

Apa pun, terima kasih banyak2 pd doc Fairuz Ashikin..hasil usaha dia terpahat seumor idup date birthday cantik utk anak kakyang yg comel tu...kalau bukan ibu sendiri puji anak, siapa lagi yg nak puji ye dok? hehehehe

meh layan gambar lama anak2 kakyang skit..sesekali tengok gambar lama ni, rindu plak nak ada baby baru...hehehe

Monday, October 18, 2010

Naluri Sukma

wah..kakyang dah bernaluri sukma. mcm nak cerita pasal hati jer....idak ler dik non oii.. ni nak update rentetan pencarian rumah.

Tak abis2 lagi ek? jgn risau..(eh mcm dialog iklan raya maybank plak)dah tak banyak nak cerita dah. sbb kakyang dah bayar booking nak beli rumah jumaat lepas! woott!..woott!..tak lama lagi kakyang boleh jadi tuan rumah! yeeehaaa!.

Excited giler ek. baru beli rumah kecik 2nd hand pun dah kecoh seblog. kalau kakyang beli banglow la kata. apa rupa xcitednya tak tau la kan..

apa pun sekarang kakyang tengah tunggu agen call untuk sign snp. cuba nak nego harga lagi, tp agent tu mcm tak mau. nak jaga komisyen dia la tu. apa pun, tunggu jumpa seller nanti apa cerita plak. harap2 seller turunkan harga bila nampak muka kesian kakyang nanti. hehehehe

oklah, tu je update kakyang utk kali ni. sebenarnya banyak nak cerita, tp sbb tengah lapar, abis ilang mood nak bercerita.

Anyway, tlg doakan seller tu baik hati yer..tak dpt turun harga, dpt rumah tu ngan fully furnish pun jdlah. hahahahha

Wednesday, October 13, 2010

Ralat

Ni KakYang nak beletiaq skit ni. Kalau depa-depa ni anak2 kakyang, dah lama kakyang taboh2 sampai sakit tangan sendiri. Kalau time muda dulu kakyang main tibai ngan rotan sampai hancoq.

Kakyang geram sangat kat 3 kembar kerani2 kat ofis kakyang ni. Kalau kakyang nak guna kuasa Veto tak bertauliah pada kakyang ni, dah lama depa ni kena tindakan tatatertib.

Apa laa salah depa sampai kakyang nak taboh mcm tu no...Banyak dik non oiii...kalau kakyang nak senarai ni mmg buat perabih ayaq liuq ja. yg paling ketara ada 2/3 benda la.

Buat ofis ni mcm makbapak diorang punya. Mmg makbapak diorang punya la kalau makbapak diorang tu bayaq cukai. kalau tak bayaq maksudnya depa ni dok makan gaji buta hasil cukai makbapak org lain.

Nak masuk ofis ikut suka. pagi tak pa lagi la, tu pun tak boleh nak detact depa masuk lewat ke tak sbb tau depa dok suruh org clock in kalau lewat.

t/hari keluar awai pulak. semua org kluaq awai, tp kalau kul 11 dah keluaq, balik kul 3 apa kejadahnya tu. agak2 la sikit. dah keluaq awai, reti2 la balik cpt. Dah org lain punya kerja dok terbantut dok tunggu depa tak balik lunch lagi. sakit hati dak. masa itu emas tau bagi org kalut mcm kakyang ni. haih..

Dah tu kalau depa ada pun bukan buat kerja. tuhaa kakyang order barang dah brapa bulan tak sampai2 lagi. sampai apa yg ada tu dah abis atau nak pakai baru terkontang kanting ckp tak tak buat lagi. Apa depa dok buat? dok main FB, dok tengok TV3 online, segala cerita maknenek telenovella dlm tv tu depa tau. kalau berfb tu komen org punya status berpuluh2x.

puas berfb/tengok tv, browse blog pulak, tengok itu ini. abis tu dah penat sngat, p dok lepak depan meja org lain buka mesyuarat tingkap pulak. siap boleh buka salon kat situ. mekap2 org. ko mekap aku. aku mekap ko. nak pulak time bos tadak mcm ni, mmg raya sakan la depa. stakat ketua unit tu depa tak heran weh..

Yg lagi kakyang sakit hati, kakyang dah bagi notis, bg reminder awai2. tlg siapkan dokumen apa yg ptt. bos nak outstation.dah tau bos tadak baru la nak huloq dokument2 utk bos t/tngan. sapa nak sign semua tu? delay lagi kerja2. bila pegawai/vendor bising2 balu la nak tempik ingat depa hamba ka apa ka. salah sendiri la buat keja ikut suka ja..hei...degei.ketegak *tuut* betoi.

eiii sakit tau. kakyang tak marah kalau depa buat semua lagu tu kalau semua kerja dah selesai, tip top, tak menyusahkan org. tak de delay2. tak de peram2. asal semua done cukup la. ni tak. asai tanya, tak buat lagi, tak sempat la apa la, tp bila pi sana nampak dok main ja. sesekali tak pakpa la..tp jgn la hari2 mcm tu...adoi la adik2...hangpa tak takut ka gaji hangpa dapat tu tak berkat...duit tu la hangpa dok bg makan anak2 hangpa...


Frust la kakyang dgn depa ni. tp pd kakyang depa jd mcm ni sbb dari awai dok keje gomen. dok nampak senior2 mcm tu, depa pun jd la mcm tu.. cuba masa awai2 kerja tu depa kerja swasta dulu, mesti la attitute lain skit.

Tu la, kakyang bersyukur sngat dgn pengalaman kakyang masa kerja swasta dulu. nak pulak syarikat banyak sediakan ilmu kerohanian pada staf. masa tu kita rebung lagi kan. jd senang la nak lentuq2 lagi. bila masuk gomen ni, tak la terjebak ngan attitute kerja yg teruk.

apa2pun, apa yg kakyang dok belitiaq tu adalah ingatan utk diri kakyang juga. kakyang pun bukan baguih mana pun, tp bersederhanalah dlm setiap perbuatan....

Tuesday, October 12, 2010

House Hunter

Wah tajuk mcm slave hunter citer korea tu. eh. citer tu best tau. kakyang ngan anak2 tak miss tengok. kalau dah abis episod hari tu, kena tunggu sambung next week pulak, adoi...mengeluh kakyang ngan anak2 sbb tak sabar nak tunggu. nak pulak the hunters tu encem2 belaka. kesitu pulak. hehehehe

citer tu dah habis pun dengan ending sedih..kesian. hero 1 tak dpt pun makwe dia tu. hero no 2 yg dpt. tp heroin tu suka 2-2. hero no 1 tu x master merangkap bf dia. sapa boleh lupa 1st love yetak? tp kakyang boleh lupakan sbb kakyang salah pilih bf masatu. hahahahaha

balik cerita asal kakyang nak tulis sini. Aritu kakyang dah cerita tengah cari rumah kan? dan hari ahad lepas p tengok. dah berkenan. tp sampai hari ni kakyang belum boleh buat keputusan lg. suka dah ada, cuma takut keputusan tu tak tepat jer.

ye lah, kakyang nak sewakan jer, duduk sendiri pun mungkin 20/30 thn akan dtg. kalau sampai time tu dah tentu la rumah tu nanti dah sompek sana sini oleh penyewa kan? nak pulak tempat masih lagi mcm jin bertendang tu. ada ker org nak sewa? sanggup ker nak sewakan rumah cantik2 mcm tu kat org?

dah tu financial nanti mcm mana? harga rumah tu nak cecah max entitlement loan kakyang. monthly dah sah la dekat RM1500 lebih. baki gaji stakat boleh lepas duit pasar jer. camno tu. dibuatnya abg tak de komisyen bulan tu. dibuatnya tak de orng nak sewa? nak bayar kereta/api/air ngan apa? kalau buluroma kakyang ni emas boleh gak di digadai2.

Haih macam2 kakyang pk. nak tidor, nak buat keje pun jd gundah gulana. selagi hal rumah ni tak sattle, selagi tu la tak aman jiwakacau kakyang ni.

Td kakyang ada browsing internet cari tip2 cari rumah, beli rumah. jumpa satu blog ni yg banyak info. meh kakyang bg link tu kat sini. blog abangensem. kalau tengah mencari2 panduan mcm kakyang ni, cuba la tengok blog tu. manatau ada yg boleh membantu. kakyang dah antar email pd dia pun mintak nasihat pasal rumah yg nak beli tu. harap2 dia boleh jwb cpt sbb td kakyang mintak extention dari agent tu sampai hujung minggu ni. Mlm ni nak buat istikharah lah. tengok apa Allah jwb. insyaallah ada rezeki, merasa la agent tu komisyen loan gomen dari kakyang. heheheh

Sedikit info tambahan pasal rumah tu:

Rumah endlot section 8 Puncak Alam fasa 2. No rumah pun cantik ada no ong.
Buka rumah: 25x70
fasing open area. aman damai, neighbor semua melayu
design colonial. alah mcm rumah kat cameron highland tu..
selang 10 lorong ada sekolah rendah, lot kedai.
condition dlm rumah: tiptop. cantik dan terjaga. siap kitchen kabinet cantik dan dah tambah bumbung belakang untuk sidai2 baju.
harga lepas nego kasar RM202k

so apa pendapat korang? sesuai tak ngan harga, kawasan dan condition rumah tu?

Sunday, October 10, 2010

10.10.10

Bukan syeikh muzafar jer nak no tu. kakyang pun nak menyibok gak. no cantik la katakan. tak dpt tarikh kawin mcm dia, dpt tarikh posting blog mcm ni pun jdlah..poyo jer kan...kan kan

Td kakyang tengok gak siaran langsung perkahwinan tu. ah. boring lah..tak de grand mana pun. kalau kakyang jd tetamu dia, pasti dah tunjuk muka boring jer kat meja makan tu..tu sebab dia tak jemput. awal-awal lagi dia dah bgtau kakyang. I tak jemput u tau...i kesian tengok u boring kat majlis tu nanti.ermm.errr..sebenarnya dia tak kenal pun..berangan tak hengat! hahahaha

anak-anak kakyang sibuk ngan chanel kartun diorang. 616 agaknya. ada cerita Ben 10 berderet-deret. naik bosan pulak. fev cnl kakyang pun tak de cerita apa.

T/hari tadi kakyang kluar p tengok sebuah rumah nak dijual. abg dah 95%setuju. kakyang ikut jer..tak de la betul2 berkenan sngat. end lot. tak de tanah tepi tp lebar rumah luas kit dari yg std. condition ok. yg lain semua ok. so tak payah dah nak renovate or repair apa2. tp as long abg suka, kakyang tak kesah. ye la. kalau ikut taste kakyang ni, nak yg rumah lebarrr...laman besau..min 10 kaki xtra tanah tepi rumah tu ker. kalau dah mcm tu, dah tentu la corner lot kan. ada banyak yg advertise nak jual rumah mcm tu, tp harga...mak oiiii mau koyak rabak poket buruk kakyang ni.

Agent tu suruh kakyang kompemkan esok. esok? takut gak nak commit. takut salah beli. nak buat solat hajat mau 3 mlm baru hati tenang. nak buat solat istikharah mintak petunjuk belum tentu dan dan tu gak dpt petunjuk.haih..nak kena buat keputusan segera mcm ni la yg kakyang tak gemar. hati berbelah bagi...doa2kanlah agar kakyang diberi gerakhati pasal ni secepat mungkin..

nak citer cerita sedih skit lah.
t/mlm semalam kakyang dpt sms berita kepergian ayah kepada member baik kakyang. tak de la terkejut sngat sbb kakyang dah lama tau arwah tengah sakit. tp kakyang rasa ralat la sbb tak sempat nak p melawat masa arwah masih ada. Banyak jasa keluarga sahabat kakyang tu. masa mula2 kakyang berhijrah ke KL ni, kakyang menumpang dok rumah diorang. makan minum semua ditanggung. nak bayar tak mau terima. dah la tu, ayah dia la yg dok p hantar kakyang ke stesyen bas tiap2 pagi nak p kerja tu. Org tua kata makan budi sampai ke mati la.

Dah tu, dah meninggal pun kakyang tak dpt nak p ziarah sebelum dikebumi. kakyang cuma dpt p masa tahlil mlm tu jer..adoi..teruk sungguh kakyang ni..apa pun, utk sahabat kakyang tu, hanya ucapan takziah yg kakyang dpt ucapkan. semoga dia dan keluarga tabah dan redha di atas pemergian ayahdanya. Sesungguhnya dari Dia kita datang. dari Dia jua kita kembali....Al Fatihah.

Thursday, October 7, 2010

Aktiviti Paranormal

Ofis kakyang ni gempar lagi. kali ni dengan penemuan sesuatu yg menakutkan.

Alkisahnya pegawai2 kakyang pergi melawat ofis baru. ada sebahagian unit di jabatan kakyang akan berpindah ke sana. Pegawai ni pun ambil la gambar2 sekitar pejabat baru diorang tu... Balik ke ofis, dia pun upload ke PC nak tengok dan tunjukkan kepada staf.

Terkejut semua org bila tngok satu gambar ni. ada mcm sesuatu kat sebelah tingkap tu. Padahal katanya masa ambil gambar tu tak de apa2 pun kat situ...dah sudah...lastnya semua org dah takut nak pindah sana. nak pulak unit ni banyak kena stayback utk siapkan projek..adoiii....

Friday, October 1, 2010

Panduan Memilih Tudung

ADA wanita beranggapan tudung adalah perkara kedua atau tidak perlu diberi perhatian. Namun sebenarnya pemilihan tudung sama pentingnya dengan baju.

Ini termasuk warna, jenis fabrik serta reka bentuk tudung yang sesuai dengan penampilan wanita Muslimah. Tudung seharusnya dipilih berdasarkan warna
baju. Walaupun ada yang ingin tampil kontras, penampilan anda agak kurang sempurna.

Berikut disertakan panduan memilih gaya tudung:

Untuk majlis kenduri kahwin dan majlis makan malam, cari tudung atau selendang yang agak berbeza daripada tudung biasa. Disarankan menggunakan selendang yang ada renda atau manik berlebihan.

Bagi yang bertubuh besar, elakkan tudung menutup bahu kerana ia menampakkan anda lebih berisi. Sebaiknya dedahkan bentuk bahu walaupun anda selesa menutup dada.

Pilih tudung bercorak untuk disesuaikan dengan baju yang tidak berbunga begitu juga sebaliknya.

Jika baju anda berbunga, pilih tudung kosong.

Elak daripada memilih corak besar jika anda tidak mahu kelihatan terlalu gemuk.

Bagi mereka yang kurus pula, tampilkan warna hitam atau garang manakala corak besar sedikit bagi menyeimbangkan penampilan anda supaya tidak kelihatan terlalu kurus.

Untuk tudung siap pastikan saiz tudung sesuai dengan bentuk muka.

Jika menggunakan kain yang tidak licin, tidak perlu guna anak tudung. Ini akan memberikan keselesaan kepada pemakai.

Antara kain yang sesuai untuk dijadikan tudung ialah kain bawal, cita campuran, viscose, sutera dan sifon.

Jika menggunakan cekak untuk menggantikan anak tudung, guna cekak yang nipis dan leper.

Pastikan anak tudung tidak dipamerkan sama dengan tudung. Penampilan akan lebih muda jika anak tudung tersorok.

Pilih susunan corak yang tidak terlalu tertumpu di sekeliling wajah.

Untuk tudung yang mempunyai kaki di sekelilingnya, pastikan kaki hanya tertumpu di bahagian hujung. Pastikan kawasan kepala bebas daripada sebarang corak.

Gunakan kain polos yang berhias kerawang atau jemeki secara berselerak atau tertumpu di kaki tudung saja jika menghadiri majlis rasmi atau tidak rasmi.

Jangan guna corak abstrak yang kontras dengan budaya Islam seperti kepala buah catur atau unsur binatang seperti harimau atau kuda belang. Unsur ini dianggap kurang sesuai dan tidak sopan.

Jika memilih corak bunga (seperti yang biasa terdapat pada tudung Turki), jangan campur adukkan dengan baju yang bercorak bunga jenis kontras.

Jangan pakai tudung yang sedondon daripada segi warna dan corak dengan baju. Ia tidak menarik.

Pilihan tudung yang tepat adalah dengan memilih warna tanah pada baju untuk dijadikan warna tudung.

Jika warna baju cerah, pilih warna tanah tudung yang lembut daripada kategori yang sama.

Jika warna tanah baju gelap atau suram, pilih warna paling lembut yang terdapat pada baju.

Pilih fabrik yang melekat pada rambut. Secara tak langsung, tudung akan terletak cantik di kepala.

Komen KakYang:
Pemilihan tudung juga berdasarkan bentuk muka. Kalau muka bulat mcm kakyang ni tak brapa la sesuai nak pakai jenis shawl tu..kang nampak makin bulat. lgsatu kalau pakai yg ada awning mcm ekin ka, hajaba ka, dan yg sewaktu dgnnya tu, elok pilih yg awning 1/2 jer, maksudnya kain keras tu separuh kat depan jer jgn terlalu tebal dan pastikan sisi tepi tu melebihi pelipis pipi. sebelum membeli tu try pakai dan tengok kat cermin sesuai ke tak. jgn main rembat ikut suka jee..hehehe